![]() |
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia |
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia
(PBSM) ditubuhkan pada tahun 1948 sebagai cawangan Persatuan Palang Merah
Britain di Sabah dan Sarawak. Pada tahun 1950an, lebih banyak cawangan
persatuan ditubuhkan di Malaysia bermula di Pulau Pinang pada tahun 1950 dan
kemudian di negeri-negeri lain.
Ketika kemerdekaan pada tahun 1957, cawangan di
Semenanjung Malaysia dikenali sebagai Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah
Melayu. Persatuan mendapat pengiktirafan oleh Persatuan Palang Merah
Antarabangsa pada 4 Julai 1963 dan menjadi ahli badan antarabangsa
itu pada 24 Ogos 1963.
Berikutan penggabungan Semenanjung
Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak serta penubuhan Persekutuan Malaysia pada
September 16, 1963, suatu penggubalan akta baru yang dikenali sebagai Akta
Persatuan Palang Merah Malaysia (Penswastaan) Akta 1965 telah bertindak
menggabungkan Persatuan Palang Merah Malaya dan cawangannya Persatuan Palang
Merah di Sabah dan Sarawak dibawah nama baru iaitu Persatuan Palang Merah
Malaysia. Ia dibentangkan di Parlimen dan digazetkan pada 1 Julai 1965.
Pada 5 September 1975, Persatuan Palang
Merah Malaysia telah ditukar nama kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia
selaras dengan kebenaran penukaran nama Akta Persatuan Palang Merah Malaysia
kepada Akta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Akta 1975 oleh Parlimen
Malaysia.
No comments:
Post a Comment