![]() |
Hidung Berdarah |
Hidung kita boleh berdarah dengan mudah apabila saluran darah kecil yang terdapat dalam
hidung pecah. Ini kerana kedudukan saluran darah begitu hampir dengan
permukaan.
Masalah ini biasanya berlaku sama ada sekali atau
beberapa kali dalam sehari.
Punca
Selain itu, hidung berdarah juga terjadi apabila
saluran darah mengalami jangkitan seperti:
1.
Selsema
2.
Suhu dalam badan terlalu tinggi
3.
Alahan
4.
Menghembus nafas terlalu kuat
5.
Kekeringan mambran mukus(selaput lendir) seperti merekah dan
berkerak
6.
Berlakunya kecederaan seperti mengorek hidung jauh ke dalam atau
patah hidung
7.
Tekanan darah tinggi atau sesuatu penyakit ketumbuhan
Jenis-jenis
Kebanyakan masalah hidung berdarah boleh mengganggu
kehidupan seharian kita. Lebih menakutkan, kadangkala masalah sebegini boleh
mengancam nyawa apabila darah keluar dengan terlalu banyak dan tidak
henti-henti. Terdapat dua jenis hidung berdarah:
1.
Hidung berdarah dari depan - Darah keluar dari bahagian depan hidung dan mengalir keluar ke
salah satu lubang hidung atau kedua-duanya sekali jika pesakit bangun atau
berdiri.
2.
Hidung berdarah dari belakang - Hidung berdarah berlaku jauh ke dalam hidung dan mengalir keluar
melalui bahagian belakang mulut dan tekak. Tidak kiralah pesakit itu sedang
berdiri ataupun bangun
Cara merawat
1.
Hentikan hidung berdarah dengan cara:
·
Picit secara lembut semua bahagian hidung dan bernafas melalui
mulut. Lakukannya selama 10 minit tanpa berhenti.
·
Jangan baring. Bangun dan bongkokkan badan ke hadapan (jangan
mendongak ke atas. Ini akan menyebabkan darah mengalir turun ke kerongkong).
·
Bersihkan darah dengan menggunakan tisu atau kain lembap.
·
Letakkan ais (hancurkan ais dalam kain yang bersih) ke dahi dan
pipi.
2. Cegah hidung
daripada berdarah semula:
·
Jangan menghembus hidung.
·
Jika hidung berasa kering dan berkerak, jangan korek. Nanti luka
dan berdarah. Apa yang patut dilakukan ialah gunakan pelembap atau minyak bayi.
3. Berjumpa doktor:
·
Anda perlu memaklumkan kepada keluarga untuk berjumpa doktor sekiranya mengalami keadaan seperti:
·
Darah hidung mengalir
laju atau kehilangan banyak darah.
·
Berasa hendak pitam atau
pengsan.
No comments:
Post a Comment